,

Panggilan kepada Ahli Lama yang Aktif di Sekitar Selangor

Thursday, January 29, 2009 Leave a Comment

Selepas kursus pada Disember 2008 di Gurun Kedah, pihak kami ada buat bebarapa perbincangan dengan beberapa gurulatih dan orang lama PSSPGM di Kedah dan juga orang kuat PSSPGM Negeri Kelantan.

Sehubungan dengan perbincangan tersebut, pihak kami amat berbesar hati sekiranya ada ahli-ahli PSSPGM mahupun mana-mana ahli Gayong lain yang masih aktif di sekitar Negeri Selangor tanpa di bawah mana-mana naungan Pertubuhan, sila dapat hubungi pihak kami (013-930 7961) bagi perbincangan beberapa perancangan.

Pihak kami juga sedar beberapa orang lama PSSPGM dari beberapa negeri yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan ada membuka gelanggang di sekitar Negeri Selangor malah ada menjalankan kelas silat Pusaka Gayong di beberapa sekolah. Usaha, hasrat dan niat suci para gurulatih tersebut amat kami banggakan kerana masih mampu dan berdaya tinggi untuk berbakti kepada masyarakat melalui disiplin silat ini.

Namun, pihak kami berbangga sekiranya dapat dikumpulkan seberapa banyak maklumat mengenai gelanggang-gelanggang ini dan gurulatih-gurulatih mereka bagi melengkapkan serta memperkemaskan urusan pentadbiran Pusaka Gayong di Negeri Selangor.

Beberapa maklumat telah dibekalkan kepada kami oleh pihak PSSPGM Kelantan dan Kedah.

Tujuan memanggil kesemua gurulatih-gurulatih adalah bagi beberapa perbincangan yang bakal diadakan kelak yang mungkin diadakan pada satu tarikh di bulan Mac 2009. Ini kerana kami berhasrat untuk lebih mengenengahkan para gurulatih tersebut dan menguatkan pentadbiran serta mengatasi apa jua masalah seperti urusan silibus, kewangan, disiplin dan tempat latihan.

Sila hubungi kami di 03-5882 5397 / 013-930 7961. Segala kerjasama anda amat dialu-alukan.

0 comments »

Leave your response!